Sabtu, 30 Mei 2009

Sifat-sifat manusia

Pendahuluan
Al-Qur’ān menjelaskan bahawa “Telah nampak kerosakan di darat dan di laut disebabkan
kerana perbuatan tangan manusia, supaya Allah merasakan kepada mereka sebahagian dari
(akibat) perbuatan mereka, agar mereka kembali (ke jalan yang benar)” (al-Rūm 30:41).
Kalam Allah s.w.t dengan bahasa yang begitu jelas dan jitu memaparkan terdapat krisis nilai
sehingga mengakibatkan kemerosotan nilai kemanusiaan ke tahap yang amat parah dan
senario permasalahan yang menimpa alam adalah bertitik-tolak daripada perbuatan manusia
sendiri (Abul ‘Ali Hassan Nadwi 1980 : 44)



Demikianlah dalam menelusuri sejarah tamadun manusia menjelang kerasulan Nabi
Muhammad s.a.w suatu realiti yang tidak boleh dinafikan adalah kemerosotan nilai manusia
ke tahap yang amat parah pada abad yang ke-enam sehingga dunia berada di tebing
kehancuran (Abul Hasan ‘Ali al- Hasani an-Nadwi 1980 : 13).
Manusia di seluruh dunia pada ketika itu dikuasai nafsu dan kepentingan diri yang
ekstrim. Mereka karam di dalam pandangan hidup kebendaan (materialisme) dan memakai
undang-undang rimba belantara (Wan Salim Wan Mohammad Noor & Hamdan Mohd Hassan
2000 : 10).
Tegasnya alaf baru kini menyaksikan bahawa nilai manusiawi banyak bergantung
kepada nilai kebendaan dan luaran. Benarlah sabda Rasulullah s.a.w :
...akan datang di kalangan manusia suatu zaman di mana yang mereka pentingkan
ialah perut mereka, kemuliaan terletak kepada harta benda milik mereka dan kiblat
mereka adalah wanita...(Yussof Muhammad 1999 : 12)
Realiti masyarakat manusia sejagat masa kini menunjukan bahawa mereka sedang
menghadapi pelbagai krisis baik dari segi moral mahupun kerohanian (Muhammad ‘Uthman
el-Muhammady 1987 : 73).
Peri mustahaknya pembangunan modal insan telah diutarakan oleh Perdana Menteri
Malaysia Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pada Forum Ekonomi Jeddah 2005. Tegas
beliau :
165
“untuk kebanyakan negara sekarang pembentukan modal manusia adalah amat
penting, amat perlu atau pun satu perkara yang berkaitan antara hidup dan mati...”
(Utusan Malaysia 2005).
Manusia dilihat sebagai ´modal´ yang dinamakan ´modal insan´ dan merupakan ´aset
tenaga´ yang sungguh penting dan bermakna kepada kegiatan ekonomi, pembangunan negara,
mahupun kemajuan bangsa dan ummah. Modal ini perlu digilap, dibangunkan dan diuji bagi
menentukan kemampuannya sebelum dimanfaatkan.
Pembangunan sumber manusia atau modal insan adalah agenda yang diberi
penekanan penting dalam ajaran Islam. Dalam konteks lebih luas, modal insan mencorak hala
tuju negara ke arah wawasan yang disasarkan. Tanpa sumber manusia berkualiti, sesebuah
negara akan lemah kerana manusia yang menjadi pencetus kepada inisiatif dalam kegiatan
sosio ekonomi.
Untuk memahami maksud pembangunan modal insan, kita perlu jelas atau tahu
matlamat kewujudan unsur terpenting yang hendak dibangunkan iaitu manusia itu sendiri.
Malah matlamat utama kejadian manusia adalah untuk beribadat kepada Allah S.W.T. Perkara
ini dijelaskan melalui firman-Nya bermaksud:
“Tidaklah Aku jadikan jin dan manusia itu melainkan untuk menyembah kepadaKu.”
(Surah az-Zaariyat, ayat ke 56)
Untuk mencapai matlamat ini, manusia diperintahkan mengikut ajaran Islam yang
diturunkan kepada Nabi Muhammad secara menyeluruh. Ini kerana Islam itu lengkap dan
meliputi segala aspek kehidupan manusia dan jika manusia mengikut ajaran Islam secara
keseluruhan melalui ajaran Al-Quran dan Sunnah, maka dia dijamin untuk mendapat
kesejahteraan di dunia dan akhirat. Firman Allah bermaksud:
“Wahai orang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam keseluruhannya.” (Surah al-
Baqarah, ayat 208)
Konsep pembangunan modal insan berkiblatkan Islam memberi tumpuan kepada
pembangunan manusia berteraskan ajaran agama Islam yang syumul. Gagasan modal insan ini
akan melalui satu skim program yang menyeluruh yang turut merangkumi aspek fizikal dan
rohani agar insan yang bakal dihasilkan nanti adalah insan yang berkualiti dan dinamik.
Strategi yang diambil untuk mencapai kemajuan dengan pembangunan sumber
manusia adalah selaras dengan ajaran Islam. Kemakmuran dan kesejahteraan negara banyak
bergantung kepada penduduknya. Jadi, jika setiap orang di negara ini mempunyai kualiti
keimanan, ketakwaan dan berakhlak mulia, tentu ia akan memudahkan proses untuk mencapai
kejayaan dalam ruang lingkup kehidupan.
Kajian ini hanyalah secara peringkat asas dan dasar sahaja. Kajian yang lebih lengkap
secara terperinci serta menyeluruh akan dibentangkan pada persidangan yang lain apabila
pengkhususan kajian dijuruskan pada masa hadapan.
Hubungan Manusia dan Pembangunan
Setiap pembangunan tidak mungkin terlaksana kecuali ada pelakunya (development
actors). Dalam pembangunan berkiblatkan Islam pelakunya adalah manusia. Begitu juga
dalam pembangunan lazim. Namum begitu, konsep manusia yang dipakai oleh teori
pembangunan lazim adalah berbeza daripada konsep manusia yang dipakai oleh teori
pembangunan yang berkiblatkan Islam.(Muhammad Sukri Salleh 2003 : 25)
166
Oleh itu, konsep manusia dan konsep pembangunan Islam adalah sangat berbeza
daripada konsep manusia dan konsep pembangunan lazim kerana asas epistemologi ilmu
Islam dan epistemologi ilmu lazim adalah jauh berbeza.
Konsep Insan
Manusia telah menjadi tema utama dalam kitab suci Al-Qur’an. Hal ini telah
dinyatakan dalam “The Meaning of The Qur’an” dan “The Basic Principle of Qur’an” oleh
S.Abul A’la Maududi. Menurut beliau bahawa:
As the aim of tha Qur’an is to guide man and not to teach nature study or history or
philosopy or any other science or art, it does not concern itself with this latter
subjects…to invite humanity to the right way.( Maududi 1976 : 13)
Maududi menegaskan bahawa pokok persoalan yang ditimbulkan oleh Qur’an ialah
tentang manusia. Sasaran dan objek utama wahyu ialah mengajar manusia ke jalan yang
benar. Malah Marshal Hodgson (1984) menyatakan dengan tepat bahawa kosmos al-Quran
sangat berbau insan dengan tema yang kukuh akan persamaan matlamat akhir insan. Izutsu
pula menegaskan bahkan manusia, tabiinya,tingkah laku,psikologi, tugas dan matlamat
akhirnyan adalah tujuan pokok dalam al-Quran sebagaimana permasalahan Tuhan Sendiri.
(Izutsu 1964 : 75)
Sebagai petunjuk kepada manusia (surah al-Baqarah 2: 185) secara logik al-Quran
ditunjukan tepat kepada manusia. Al-Quran merujuk manusia dengan istilah insan sebanyak
65 dan kata jamaknya sebanyak al-nas dan al-ins masing-masing disebut sebanyak 240 dan 18
kali, kecuali satu (Surah al-Isra’ : 11) kehadiran artikel al- yang bersambung dengan insan
kelihatan memberi sedikit signifikan. S.H Shamma (1959) mengesyorkan bahawa artikel ini
kelihatan mempunyai fungsi yang serupa seperti yang terdapat dalam al-IIIah (Allah) yang
telah menampilkan maknanya asal Tuhan kepada Tuhan yang universal dan unik. Dalam kes
insan ia kelihatan memberi kelebihan darjat kepada manusia dengan kepentingan universal
dan keunikannya.(Wan Muhd. Nor Wan Daud 1994 : 25-26)
Dalam usaha mendekati konsep manusia secara menyeluruh kajian ini ingin meninjau
dari pandangan Al-Qur’an dan tokoh-tokoh Islam berkenaan hal insan.Untuk tujuan itu Al-
Quran mengandungi serta membicarakan mengenai manusia sebagai insan secara
keseluruhannya. Prinsip asas dalam Qur’an mengenai manusia tidak boleh diubah namun
manusia digalakkan untuk mengkaji dan menyelidik secara analisis dan membuat
pengkhususan mengenainya(Ishammudin Hj. Ismail 1993 : 35-36).
Malah untuk memahami pendekatan Islam secara ilmiah semasa mengaji sesuatu
permasalahan maka Al-Qur’an dan As-Sunnah dua sumber yang amat penting (Al-Qaradawi
1999). Jadi, dalam usaha memahami siapakah manusia, Al-Qur’an menggambarkan manusia
dari pelbagai jurus pandang dan menjadi pedoman ke arah pembinaan peribadi manusia. Al-
Quran juga dengan jelas memberi tumpuan kepada pembinaan dan pembagunan sebagai
khalifah Allah dalam memakmurkan bumi serta ciri-ciri insan yang bertamadun.(Mohd.
Nakhaie Ahmad 2003 : 91)
Maulana `Abdullah Yusuf `Ali tokoh tafsir Qur’an mengakui kesyumulan mesej Al-
Qur’an. (`Abdullah Yusuf `Ali 1993 : 1909). Firman Allah S.W.T: “Tiadalah Kami alpakan
167
sesuatupun dalam Al-Kitab (Al-Qur’an)”(Al-An`am:38).“…( Ini adalah ) Kitab yang kami
turunkan kepadamu supaya kamu mengeluarkan manusia dari gelap gulita kepada cahaya
terang-benderang dengan izin Tuhan Yang Maha Kuasa lagi Maha Terpuji”(Ibrahim, 14 : 1).
Jelasnya, mesej utama Al-Qur’an adalah untuk memimpin manusia itu sendiri ke arah
kebenaran. Hidayah yang terdapat dalam Al-Qur’an adalah untuk semua manusia
sebagaimana yang dinyatakan di bawah:
The Holy Qur’an claims to be a Book of Hidayah, i.e. Guidance, for man. It is a book that
is available to all mankind-Its message is relevant to different people living in different
part of the world.(Khurshid Ahmad (ed.) 1982 : 81)
Pada dasarnya tokoh Islam telah banyak menyumbangkan fikrah baik dari segi
epistemologi mahupun aksiologi. Namun dalam kajian ini tumpuan utama adalah untuk
memaparkan konsep manusia daripada pelbagai perspektif tokoh-tokoh Islam tradisi dan
kontemporari. Landasan kerangka teori mereka adalah al-Quran dan al-Sunnah.
1) Imam Al-Ghazali
Konsep manusia menurut Imam Ghazali dapat dikaji dari segi unsur kerohanian yang terdiri
daripada roh, nafs, ‘aql. (Al-Ghazali, 1980). Imam Al Ghazali di dalam kitab Ihya’ telah
mengutarakan teori manusia berdasarkan ayat al-Qur’an;
“Dan ketika Aku sempurnakan kejadiannya(manusia), Aku meniupkan roh-Ku ke
dalam dirinya.”(Shad 38 : 72)
Rahardjo (1985) menyatakan bahawa manusia terbentuk apabila wujud pertemuan
antara roh dan badan. Malah Abul Quasem (1975) menegaskan manusia menurut Al-Ghazzali
adalah:
Man, Al-Ghazzali believes is created by god as a being composed of a soul, which is
the core of man, is a divine spiritual entity of great subtlety (latifa rabbaniyya
ruhaniyya). The terms used by al-Ghazzali for it are qalb, ruh, nafs and ‘aql.
Jadi manusia yang diciptakan Allah S.W.T memiliki unsur-unsur rohaniah iaitu qalb,
roh, nafs, dan ‘aql.
Imam Al-Ghazali menegaskan bahawa manusia adalah makhluk yang kompleks,
kebendaan, sayangkan kehidupan dan kepandaian manusia suka memuaskan estetika dan
benda-benda yang cantik, di samping itu manusia mempunyai roh Ilahi yang bertentangan
dengan nafsu itu. Manakala dalam bukunya Kimia Sa’adah menerangkan bahawa manusia
yang menentang hukum-hukum Allah adalah akibat tiadanya pengetahuan dan kegagalan
memahami erti kehidupan(Abdul Manaf, 1996).
Umaruddin (1991) menyatakan dalam mengkupas sifat manusia Imam Al-Ghazali
menegaskan bahawa manusia memang berkebolehan untuk mencapai taraf malaikat dengan
suluhan ilmu dan boleh juga jatuh tersungkur lebih rendah dari taraf haiwan jika terpengaruh
dengan kemewahan dan kemarahan. Malah beliau menekankan kepentingan ilmu dalam
membantu memberi kesedaran tentang hakikat dirinya yang tinggi, suci dan murni.
Di samping itu Al-Ghazali turut membicarakan tentang pelbagai sifat manusia di
dalam kitab Ihya’ iaitu sifat jahat, sifat haiwan, sifat syaitan dan sifat malaikat. Keempatempat
sifat ini memang ada pada jiwa manusia. Tindakan yang mulia menyucikan serta
membawa nur pada jiwa sementara tindakan jahat dan membawa dosa mengotorkan jiwa
sehingga hilang nurnya. Menurut Fazlul Karim (1978) bahawa menurut imam Ghazzali
manusia memiliki empat sifat atas dirinya :
1. Beastly nature – represented by anger, enmity, hatred, rebuke, attack on people.
168
2. Animal nature – represented by inordinate sexual passion or lust.
3. Devilish nature – represented by deceit, fraud, conspiracy, etc.
4. Angelic nature – represented by divine service, remembrance of Allah, doing good to
others, etc.
All the four natures are located in the soul. Alghazzali metaphorically describes the
human soul as a mirror that reflects the human qualities of an individual either good or evil.
Acts of virtue make the soul shine, resplendent and bright, while evil and sinful acts of an
individual incur spiritual darkness on the soul(Fazlul Karim, , Vol 3 : 10, 11 & 15).
Pendek kata huraian Imam Al-Ghazali cukup jelas bahawa manusia memang ada
kecenderungan untuk meningkatkan hakikat dirinya yang suci bersih. Namun manusia juga
akan terjerumus ke lembah yang lebih rendah dari haiwan. Ilmu dan tindakan yang mulia
adalah penting untuk menyucikan diri manusia.
2. Ibn Khaldun (732H/1332M-808/1406)
Menurut Mahmoud Dhaouadi (1997) Ibn Khaldun membahaskan tabiat manusia
menekankan fitrah manusia seumpama diwawarkan dalam Al-Qur’an dan Hadith yakni
manusia secara semula jadinya dilahirkan Islam dan kecenderungan untuk mendekati hukum
Ilahi. Semakin kembali kepada fitrah semakin baik manusia itu. Malah beliau juga
menegaskan bahawa konflik tercetus dalam sifat manusia yang bertentangan iaitu sifat haiwan
dan dimensi manusiawi. Namun manusia dapat memelihara fitrahnya dengan pimpinan
Agama sebagai model untuk nilai moral. Manusia juga mempunyai sifat zalim dan tidak adil
daripada sifat binatang kerana dikuasai oleh sikap pembaziran kemewahan(sifat haiwan) yang
mambawa kehinaan dan keruntuhan. Dalam mengkaji penjelasan Ibn Khaldun mengenai
keperibadian manusia didapati wujud empat sifat. Antaranya adalah :
a. Tabiat Fitrah manusia
Ibn Khaldun menjelaskan tabiat manusia dengan menggunakan konsep fitrah yang disarankan
oleh Al-Qur’an dan As-Sunnah. Dalam kedua-dua sumber rujukan Islam ini, konsep fitrah
menjelaskan tabiat manusia yang ingin hidup secara seimbang berpandukan hukum alam
sejagat. Berpandukan kayu ukur ini, Ibn Khaldun menilai kualiti seseorang individu,
kumpulan, masyarakat dan tamadun. Ibn Khaldun menegaskan selain manusia berpegang ke
hukum fitrah ini selagi itulah mereka menjadi berjaya dan berguna.
b. Sifat Manusia Dwi-dimensi
Pendapat kedua mengenai sifat semulajadi manusia ialah konflik dalaman sifat semulajadi
manusia. Menurut Ibn Khaldun, konflik dalaman ini berpunca daripada dwi-dimensi sifat
manusia. Beliau menterjemahkan dwi-dimensi ini sebagai sifat kemanusiaan dan juga sifat
kehaiwanan. Konflik dan kesusahan timbul akibat konflik daripada dua sifat semulajadi
tersebut. Manusia akan terikut kepada sifat kehaiwanan jika luput nilai-nilai kebaikkan dalam
sifat kemanusiaan. Namun demikian, menurut Ibn Khaldun, manusia mampu memelihara
kesucian sifat kemanusiaannya apabila ia berpaut dengan agama sebagai model serta petunjuk
ke arah perbuatan yang baik.
c. Sifat agresif manusia
169
Ibn Khaldun menyatakan bahawa dasar kepada sifat agresif dan ketidakadilan manusia
tertanam dalam sifat kehaiwanan yang berakar dalam diri manusia. Memandangkan manusia
bersikap agresif dan tidak adil, manusia jatuh ke peringkat kehaiwanan kerana sikap agresif
dan ketidakadilan didominasi oleh sifat kehaiwanan dan kebendaan manusia.
d. Sifat Dinamik manusia
Ibn Khaldun mengutamakan sifat dinamik manusia yang wujud dalam fitrah manusia.
Menurut Ibn Khaldun, manusia mampu bergerak ke peringkat fitrahnya jika ia hidup dan
berusaha untuk melaksanakan tanggungjawabnya atas situasi keislaman yang hakiki
(Mahmoud, Dhaouadi 1997: 108-112).
Maka Ibn Khaldun menegaskan manusia secara fitrahnya cenderung hidup sebagai
muslim tetapi cenderung sifat kehaiwanan akibat pengaruh nilai-nilai yang tidak baik seperti
kelalaian, kemewahan, kebendaan dan ketidakadilan. Pegangan agama adalah penting untuk
membimbing manusia menyedari fitrahnya.
Selain itu dalam karya agungnya Muqaddimah beliau merumuskan bahawa Allah
S.W.T telah melantik manusia sebagai Khalifah kerana anugerah akal fikiran dan segala
dalam dunia tunduk kepadanya. Namun manusia tidak boleh hidup sendiri tanpa
masyarakat(Ibn Khaldun. 1986 : 411-412, 416-417)
3. Allamah Mohamed Iqbal (1873M-1938M)
Menurut Iqbal dalam membentuk personaliti seseorang individu, beberapa faktor
mempengaruhi dirinya. Antara faktor utama ialah :
1. Cinta
2. Faqr
3. Keberanian
4. Kesabaran
5. Kasb-i-Halal; yang lebih mudah diterjemahkan sebagai mencari penghidupan atas
pencarian yang halal.
6. Mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti yang original dan yang kreatif
(Ashraf Nurdin, 1985 : 39)
Sementara Hassan (1970) menyatakan bahawa bagi Iqbal kebenaran adalah kualiti
yang diakui sebagai unsur sah karakter manusia. Sejarah manusia adalah sejarah pasang-surut
keberanian manusia untuk mempertahankan nilai-nilai keadilan dan kebenaran. Tidak
menghairankan apabila Iqbal menempatkan keberanian sebagai gambaran yang sangat penting
dari pencapaian manusia
Selain itu, Sharia’ti (2000) menegaskan bahawa Iqbal menekankan konsep manusia
yang seimbang dari segi memenuhi keperluan dunia dan akhirat. Manusia harus
bertanggungjawab di dunia tanpa menjadi hamba kepada kemajuan dunia materialistik.
Seorang muslim harus bergerak maju merubah nasib di dunia tanpa menyerah kepada takdir
semata-mata. Sebaliknya seorang muslim harus memikirkan keadaan masyarakat dan berjihad
membela nasib dalam masyarakat dengan tidak mengabaikan tuntutan spiritualnya.
Seterusnya menurut Iqbal seorang muslim yang tulen berpegang dengan doktrin
tauhid yang syumul serta tidaklah dalam keadaan yang berdiam diri dan memperhamba
dirinya dengan apa yang ada di sekelilingnya. Dia berjuang dan berjuang untuk hidup selama
170
hayatnya untuk menguasai alam hidupnya dengan sebaik-baiknya. (Ashraf Nurdin 1985).
Dalam perjuangan itu terletaknya harga dirinya itu. Iqbal lantas mengungkapkannya dalam
bahasa simbolik tentang doktrin tauhid dan hidup itu sebagai perjuangan seperti ini :
Doktrin Tauhid
Apakah yang menanamkan satu nafas itu ke dalam ratusan hati?
Inilah rahsia dari kepercayaan dalam Tauhid.
Bersatulah dan buatlah tauhid menjadi nyata,
Sedarilah bahawa yang terpendam itu punya erti dalam gerak-gerinya,
Iman dan bijaksana dan undang-undang timbul darinya,
Dia adalah punca dari kekuatan, kuasa dan kestabilan.
Hidup Adalah Perjuangan
Kesampingkanlah cerita-cerita tentang rama-rama yang resah,
Cerita-cerita yang mengapi-api tidak diterima telingaku,
Rama-rama itu adalah rama-rama yang benar,
Yang aktif dalam hidupnya dan yang dapat menelan api (Ashraf Nurdin 1985 :105-106).
Penjelasan Iqbal tentang konsep manusia menekankan bahawa manusia adalah dinamik dan
positif. Namun kekuatan yang ada pada manusia tidak dapat dikembangkan andaikata
manusia menerima keadaan yang sedia ada dan menyerah kepada takdir semata-mata.
Manusia perlu terus bergerak aktif untuk menguasai alam dengan pegangan aqidah yang utuh.
4. Nuruddin Ar-Raniry
Konsepsi manusia menurut Syeikh Nuruddin tentang manusia sangat diwarnai oleh ajaran
mistik yang dianutinya. Beliau memandangkan manusia sebagai makhluk Allah yang paling
sempurna di dunia ini. Manusia adalah khalifah Allah di bumi dan merupakan mazhar(tempat
kenyataan) asma dan sifat Allah yang paling lengkap dan sempurna. Di samping itu manusia
terdiri dari unsur roh dan jasad (Ahmad Daudy 1983 : 131 ).
Selain itu Syeikh Nuruddin juga membicarakan unsur-unsur rohani seperti ruh, ‘aql, nafs dan
qalb seperti yang dinyatakan oleh Imam Ghazzali. Namun beliau menegaskan ruh dan jasad
saling memerlukan kerana dua unsur itu terwujudlah apa yang disebut manusia. (Ahmad
Dauby 1983 : 171).
Maka jelas bahawa perbicaraan Syeikh Nuruddin tentang konsep manusia sebagai Khalifah
Allah yang memiliki sifat ketuhanan dan kesepaduan jasad dan ruh dalam diri manusia.
4. Syed Naquib Al-Attas
Al-Attas menjelaskan tabie manusia adalah merangkumi unsur jasmani dan rohani. Hakikat
ini telah dihuraikan dalam al-Qur’ān sebagaimana berikut :“Maka apabila Aku telah
menyempurnakan kejadiaannya dan telah meniupkan ke dalamnya roh (ciptaan-Ku) maka
tunduklah kamu kepadanya dengan bersujud” (al-Hijr (15) : 29). “Dan sesungguhnya kami
telah menciptakan manusia dari suatu saripati (berasal) dari tanah. Kemudian kami jadikan
saripati itu air mani yang disimpan di tempat yang kukuh (rahim). Kemudian air mani itu
Kami menjadikan segumpal darah dan segumpal darah itu Kami jadikan jadikan tulang
belulang lalu tulang belulang itu kami bungkus dengan daging. Kemudian kami jadikan dia
makhluk dalam bentuk yang (berbentuk) lain. Maka Maha Suci Allah Pencipta Yang Paling
Baik” (al-Mu’minūn 23 : 12-14) ( al-Attas, 1993 : 139).
171
Sementara dalam makalah berjudul, The Meaning Happiness and Experience in Islam
(1996), ditegaskan bahawa kebahagiaan (Sa'adah) manusia itu melibatkan aspek dunia dan
akhirat. Namun kebahagian yang hakiki manusia adalah di alam akhirat dan menolak
tanggapan sekularisme kononnya kebahagian tiada hubungan dengan sifat-sifat seperti budi
pekerti, akhlak mulia, kerohanian dan keyakinan metafizik.
Dan dalam bab tentang The Nature of Man and the Psychology of Human Soul
(1996), beliau mengupas sifat-sifat psikologi manusia berasaskan pemikiran tradisional Islām
warisan Ibn Sina dan Imam al-Ghazzāli. Istilah-istilah yang dipelopori kedua-dua tokoh itu
terutamanya Imam al-Ghazzāli seperti al-qalb, al-nafs, al-ruh, dan al-‘aql, dibahas secara
ilmiah untuk tatapan ilmuwan Islam agar tidak mudah terpesona dengan falsafah humanis
sekular. Dalam konsep Ilmu pula, beliau mentafsirkan kerangka epistemologi Islam yang
menyeluruh. Menurut tokoh kontemporari ini akal manusia yang merupakan unsur rohaniah
yang dapat membezakan antara haq dan batil. Menurut beliau bahawa:
The real nature of aql is that it is a spiritual substance by which the rational soul
(annafs alnatiqah) recognizes and distinquishes truth from falsehood al-Attas, 1991 :
14 ).
Di samping mengupas hubungan aql dan hati sebagai unsur rohaniah, selanjutnya
Syed Naquib al-Attas dalam karyanya, Prolegomena To Metaphysics Of Islam (1996) telah
membahaskan topik-topik yang berkaitan dengan Tasawwur Islām. Dalam makalah beliau
yang berjudul, The Concept of Religion and the Foundation of Ethics and Moralitiy (1996),
beliau menjelaskan konsep manusia dalam kaitan dengan huraian beliau yang bercorak
semantik tentang istilah al-Dīn.Justeru jelas bahawa manusia adalah makhluk yang paling
mulia, sangat unik, memikul amanah sebagai khalifah Allah untuk memakmurkan bumi.
Konsep Pembangunan
Menurut Abduh (1404H), pembangunan(al-Tanmiyah) bermaksud penyuburan dan pemurnian
diri insan. Terdapat beberapa istilah yang berkaitan dengan al-tanmiyah dalam al-Quran
seperti al-Tazkiyah(penyuburan), seperti tersebut dalam surah al-Syams: 9, Pembinaan (al-
Bina’) seperti tersebut dalam surah al-Saf :4. Dalam hubungan ini sasaran utama
pembangunan adalah manusia itu sendiri (Nailul Murad Mohd.Nor & Hanapi Md. Noor
2002).
Fathi Yakan (2002) pula menyatakan pembangunan (al-Tanmiyyah) juga membawa
maksud peningkatan, kebangkitan dan pertambahan. Dalam konteks Islam peningkatan dan
penambahan ini dari semua aspek kehidupan kerana sifat kehidupan ini sentiasa berubah tidak
berhenti-henti dan jika tiada peningkatan maka matilah ia. Hadith Rasulullah s.a.w
menegaskan
“Buatlah pekerjaan di dunia seperti kamu akan hidup padanya selama-lama dan
beramallah untuk akhirat seperti kamu mati esok hari”.
Sementara Muhammad Syukri Saleh (2002) menegaskan bahawa konsep
pembangunan berkiblatkan Islam adalah pembangunan yang berasaskan kepada kepada
keesaan Allah, matlamat ialah keredahan Allah (mardatillah) dan kerangkanya mencakupi
skala waktu panjang iaitu waktu kehidupan di alam roh, dunia dan akhirat. Sepanjang skala
itu, manusia mesti mencapai kebahagian (hasanah fid-dunia wa hasanah fil-akhirat).
Kedudukan pembangunan berkiblatkan Islam adalah digambarkan dalam Rajah 1.
172
Rajah 1: Kedudukan Pembangunan dalam Perjalanan Hidup Manusia
Allah
Sumber Manusia (jasadiah
Sumber alam dan rohaniah)
Dunia
sebagai modal Hasanah
berteraskan Pembangunan fid-dunia
...... Ad-Din Islam rohaniah
Pembangunan
ekonomi, politik,
sosial, budaya dan
lain-lain aktiviti hidup
Akhirat sebagai matlamat: Hasanah fil-akhirah
(Sumber: Muhammad Syukri Saleh :”Pembangunan Berteraskan Islam”
Daripada Rajah 1 jelas bahawa Allah s.w.t telah menciptakan pelbagai sumber-sumber alam
untuk dimanfaatkan oleh manusia. Jadi manhaj pembangunan manusia meliputi pelbagai
aktiviti hidup manusia yang berkiblatkan Din al-Islam. Pembangunan digabungkan dengan
pelbagai kehidupan Islam yang lain secara holistik (menyeluruh) sebagai firman Allah s.w.t :
Hai orang beriman masuklah kamu ke dalam Islam secara keseluruhan dan jangan
kamu turut langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata
bagimu.(Al-Baqarah : 208).
Maka dalam perjalanan hidup manusia pembangunan adalah bermatlamatkan untuk
mencapai kebahagian dunia dan kebahagian akhirat. Matlamat utama pembangunan modal
Insan yang berkiblatkan Islam adalah untuk membangun dan menjadikan insan yang bertakwa
dan bertanggungjawab menjalankan amanahnya iaitu menegaskan fungsi ubudiyyah.
Islam menegaskan manusia dijadikan untuk beribadah. Sebabnya, ibadah adalah
untuk kebaikan pada diri manusia itu sendiri. Ertinya, apabila Allah s.w.t ´meminta´ manusia
beribadah, bukanlah bermakna Allah telah meminta sesuatu (rezeki) daripada manusia,
bahkan sebaliknya, Dialah yang memberi rezeki pada manusia. Tegasnya, Islam mempunyai
suatu cara tersendiri untuk membangunkan manusia, lebih-lebih lagi yang bertaraf insan-suatu
kualiti dan ciri termulia yang boleh diwujudkan dalam manusia. Justeru apabila manusia dapat
mengenali dirinya secara lebih jauh dan mendalam lagi, khususnya dari konteks fitrahnya,
manusia akan bertukar menjadi insan yang sungguh mulia lagi yang berhikmah. Inilah
gambaran yang diberikan dalam ajaran Islam.
Maka manhaj (program) pembangunan modal insan adalah penting kerana bangun
atau runtuh sesebuah negara bergantung kepada modal Insan yang dihasilkan. Konsep
173
pembangunan modal insan lebih menjurus kepada pembinaan dan pengembangan daya atau
potensi yang terdapat dalam diri setiap individu.
Aceh dan Kebangkitan : Sepintas Lalu Sejarah Kerajaan Islam Aceh
Kerajaan Islam Aceh merupakan salah satu pusat keagungan tamadun Melayu tradisional
yang mencapai zaman kegemilangannya pada masa pemerintahan Sultan Ali Mughayat Shah
(1511M-1522M) dan Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam . Malah Aceh juga adalah
kerajaan Islam yang terbesar ketika itu di Nusantara serta berperanan sebagai bentang Islam
dalam mempertahankan syariat Islam maka memang layaklah Aceh digelar “Serambi Mekah”.
Justeru orang-orang Aceh zaman sekarang mengalir darah Islam dan pengaruh kebudayaan
Islam begitu mendalam di kalangan di kalangan orang Aceh dan hakikat sejati itu tidaklah
hilang(Hamka 1994 : 796).
Namun sekarang Aceh merupakan kawasan yang paling teruk dilanda gempa bumi 26
Disember 2004. Beberapa tempat di persisiran pantai dilaporkan musnah sama sekali. Malah
Banda Aceh turut hampir musnah dilanda tsunami.
Aceh mempunyai khazanah sumber bumi seperti minyak dan gas asli. Majoriti
penduduk di Aceh adalah beragama Islam. Selain itu provinsi Aceh memiliki keistimewaan
dibandingkan dengan provinsi yang lain, kerana di provinsi ini syariat Islam diterima
sebahagian besar warganya yang menganut agama Islam.
Kebangkitan Aceh
Walau pun Aceh telah berubah wajah dari sebuah daerah yang maju, pesat membangun dan
berpegang kepada syariah Islam setelah berlaku bencana tsunami Disember 2004 dan hampirhampir
menjadi padang jarak padang terkukur namun ini tidak bermakna Aceh akan tidak
mempunyai masa depan yang cemerlang. Aceh akan bangkit semula menjadi lebih maju
daripada keadaan sebelum bencana tsunami. Hakikat berlaku kebangkitan ini tidak mustahil
jika kita mengkaji al-Quran dan zaman kebangkitan Islam.
Yusuf Qaradawi (1998) menegaskan kebangkitan merupakan naluri umat Islam. Jika
kita meneliti sejarah Islam kita akan dapati bahawa Islam tiada ketandusan. Allah akan
sentiasa akan mengutus manusia-manusia yang mengerakan dan membangunkan umat yang
telah yang ditimpa bencana atau masalah dari kalangan ulama, pendidik, panglima, pemimpin
yang soleh atau gerakan Islam untuk bangun dan bangkit memulihkan keadaan yang lemah
kepada keadaan yang lebih kuat.
Allah s.w.t sendiri berjanji untuk membantu, menyelamat, membangun,
mempertahan, memberi ketuanan dan bersama-sama mereka yang beriman dan bersabar.
Firman Allah yang bermaksud ...Kami berkewajipan membantu orang-orang beriman.(Al-
Rum : 47) dan Sesungguhnya Allah membela orang-orang yang beriman...(Yunus : 103).
Malah ketika kesengsaraan semakin meningkat dan memuncak ketahuilah bahawa jalan
keluar semakin hampir. Bak kata penyair :
“Tiada kesengsaraan memuncak jalan keluarmu pun tersedia”
“Telah hampir malammu menjadi cerah”(Yusuf Qaradawi 2000 : 25)
Pembangunan manusia dari tahap yang mundur kepada tahap pesat membangun
adalah sunnah Allah iaitu sunnah at-tadawul atau al-mudawalah(pengiliran). Ia adalah sunnah
yang telah diperakui dalam al-Quran al-Karim melalui surah Ali-Imran yang bermaksud : Jika
kamu (pada perang uhud) mendapat luka maka sesungguhnya kaum kafir itupun (pada perang
174
Badar) mendapat luka yang sama. Dan masa (kejadian dan kehancuran) itu, Kami gilirkan
antara manusia.(Ali Imran : 140). Malah perpatah menegaskan “Berterusan sesuatu keadaan
adalah perkara-perkara yang mustahil berlaku. (Yusuf Qaradawi 2000 : 138)
Seterusnya kalau kita perhatikan rajah 3 di bawah yang menunjukan turun naik
kegemilangan Islam dengan kegemilangan barat, jelas abad ke-21 adalah era kegemilangan
Islam. Abad ke 21 adalah era kegemilangan ummah untuk menguasai global. (Tajul Ariffin
Nordin & Nor’ Aini Dan 2002 : 160)
Insya Allah, Aceh juga berpotensi untuk mencapai pembangunan yang lebih baik
daripada keadaan sebelum ini sesuai dengan ungkapan al-Iman Hassan al-Banna
“Sesungguhnya giliran (seterusnya) adalah untuk kita (Islam).( Yusuf Qaradawi 2000 : 130).
Pembangunan Modal Insan Zaman Rasulullah s.a.w
Pembangunan modal insan yang dibangunkan oleh Nabi Muhammad s.a.w adalah merupakan
revolusi kemanusian yang mengkagumkan yang pernah tercatat dalam sejarah manusia seperti
dapat dirumuskan dalam Rajah 3 seperti di bawah :
Rajah 3 : Asas-asas Pembangunan Modal Insan Zaman Rasulullah s.a.w
.Shari’ah (Din) sebagai asas
Pembangunan Pendidikan
Pembangunan Sahsiah
Pembangunan Siasah
Persaudaraan Ummah
\
(diadaptasi daripada pandangan Abul Hassan Nadwi 1980 “Islam dan Worlad’ (trej.
Mohmammad Asif Kidwi) Academy of Islamic Research and Publications, Lucknow) tentang
pembangunan manusia dan kemanusian selepas kedatangan Nabi Muhammad s.a.w)
175
Rajah 2 Graf turun naik di antara kegemilangan Islam dan Barat
Abad 10 – 12
(Fasa 1)
Abad 14 – 19
(Fasa 2)
Abad 21
(Fasa 3)
Kegemilangan
Islam
Kegemilangan
Barat
Kegemilangan Ummah
Huraian Rajah 3 : Pembangunan modal manusia zaman Nabi Muhammad s.a.w
Shari’ah (Din) sebagai asas
Rasulullah s.a.w dalam membina modal insan, menjadikan Islam sebagai satu cara hidup yang
lengkap dan sempurna dari segi kaedah dan modus operandinya. Sejak permulaan dakwah
Islam di Mekah, Nabi Muhammad s.a.w menegaskan Islamlah satu-satunya jalan(shariah) dan
manhaj yang sesuai untuk membangun manusia yang dilanda kerosakan teruk nilai
kemanusiaan di seluruh alam khususnya pada abad ke-6. Baginda berjaya membentuk
individu yang sanggup berkorban nyawa dan harta untuk berdakwah ke seluruh dunia
kehebatan Islam dalam membangun manusia dan kemanusiaan.
Perubahan yang ditimbulkan oleh Rasulullah s.a.w dalam jiwa para sahabat sungguh
menakjubkan yang pernah tercatat dalam sejarah manusia. Islam dijiwa sepenuhnya sehingga
mempengaruhi seluruh kehidupan mereka. Rasulullah s.a.w berjaya membangunkan sumber
manusia yang mantap Islam dan iman. Pada permulaan Islam di Mekah, kisah perjuangan
Bilal bin Rabah r.a dan keluarga Ammar bin Yasir untuk mempertahankan identiti Muslim
walaupun berada di ambang maut.
Nabi Muhammad berjaya membangun peribadi-peribadi yang unggul dari segi ucapan dan
tindak-tanduk. Khulafah Rasyidin adalah model modal Insan yang mendapat didikan lansung
daripada Rasulullah s.a.w telah berjaya merubah peta dunia yang dicemari kejahilan kepada
kepada kehidupan penuh cahaya dan kebahagian.
Malah individu biasa yang telah melakukan kesalahan memperlihatkan nilai
tanggungjawab dan amanah yang tinggi. Contoh kisah Maiz dan Ghadimah yang membuat
pengakuan secara peribadi kepada Rasulullah s.a.w tentang keterlanjuran mereka dan
menuntut agar Nabi Muhammad menghukum mereka walaupun diberi peluang untuk
bertaubat beberapa kali. Oleh sebab cinta kepada Islam melebihi segala-segalanya maka
mereka mahu bertanggungjawab atas sikap telah ingkar perintah Allah. Cinta dan sayang pada
Islam melebihi kepentingan diri lantas kita menyaksikan individu-individu yang sangat
berkoban jiwa dan raga untuk Islam dan hidup kerana Islam. Inilah insan modal yang
dibangun oleh Nabi Muhamaad iaitu ikhlas dan jujur mengamalkan Islam sebagai cara hidup
yang lengkap atau dikenali sebagai Din.
Pendek kata insan modal yang dibangunkan oleh Rasulullah s.a.w adalah insan
berjiwa Islam yang hidup dan mati untuk menegakan Dinul Islam yang dicinta setulus hati.
Malah kejayaan besar Nabi Muhammad s.a.w dalam membangun insan modal adalah apabila
lahirnya insan-insan yang bangga dan yakin bahawa Islamlah penyelamat umat Islam.
Kekuatan dan potensi manusia terserlah apabila manusia menghayati Islam sebagai satu cara
hidup yang lengkap yakni sebagai Din. Sejarah tamadun Islam menjadi saksi tentang betapa
hebat dan unggul manusia Muslim di kala hidup berpaksikan din manakala di kala
meninggalkan cara hidup Islam.
Renungilah kata-kata mutiara Jamaluddin Afgani : “Tamadun Islam hebat di waktu
umatnya berpegang pada Islam(al-Quran) dan Tamadun Barat hebat di waktu umatnya
meninggalkan gereja(bible)”.
Pembangunan Pendidikan
Rasulullah s.a.w membangun modal insan dengan memberi keutamaan dan penekanan kepada
pendidikan tauhid yang benar. Nabi Muhammad menegaskan menuntut ilmu adalah suatu
kewajipan semua manusia baik lelaki mahupun wanita. Menurut Prof. Osman Bakar (1994)
176
sejarah tamadun manusia di bumi tidak bermula dalam kejahilan dan kegelapan seperti yang
dipercayai oleh golongan atheis. Sebaliknya kehidupan manusia pertama telah diasaskan atas
landasan bimbingan ilmu dari langit.
Dalam menerangkan asal-usul tamadun manusia, kitab suci al-Quran menegaskan
bahawa sebelum manusia pertama iaitu Nabi Adam a.s memulakan kehidupan di bumi
bersama-sama isterinya, terlebih dahulu dia telah diajarkan “nama-nama segala benda”.
Intisari ilmu yang diajarkan kepada Nabi Adam a.s ialah ilmu tauhid iaitu ilmu yang
menegaskan hakikat Keesaan Allah SWT. Ilmu tauhid adalah hujung pangkal segala ilmu
yang lain dan ilmu yang paling tinggi martabatnya dalam susunan atau hierarki ilmu.
Berdasarkan al-Quran, menurut ahli antrapologi Islam, manusia pertama adalah
manusia muwahhid yakni penganut ajaran tauhid atau penyembah Tuhan Yang Maha
Esa(satu). Manusia muwahhid tidak muncul dalam sejarah hasil daripada satu evolusi budaya
seperti yang didakwa oleh August Comte dan kebanyakkan ahli-ahli antropologi moden.
Menurut pandangan Islam manusia muwahhid muncul lebih awal di pentas sejarah
daripada manusia musyrik (polytheist). Syirik hanya berleluasa dengan lenyapnya ajaran
tauhid atau lemahnya pegangan manusia kepada ajaran tersebut lantaran kejahilan yang
berleluasa.
Ajaran tauhid ialah anak kunci untuk membuka gedung ilmu. Sifat Islam sebagai
agama ilmu juga jelas kelihatan pada dasar dan sistem kepercayaan iaitu rukun iman dalam
Islam. Islam menolak keimanan yang diasaskan atas asas ikutan semata-mata tanpa ilmu dan
kefahaman yang menyokong keimanan tersebut. Di sinilah dapat dilihat hubungkait yang
sangat rapat antara tawhid dan keperluan ilmu.
Keimanan yang sebenarnya tidak mungkin wujud tanpa asas ilmu dan begitu juga
ilmu tidak mungkin memberi manfaat yang abadi tanpa dipandu oleh panduan wahyu.
Kesepaduan ilmu dan tawhid inilah yang melonjakkan tamadun Islam dan menjadikannya
tamadun yang banyak memberi sumbangan kepada kemanusiaan seluruhnya.
Malah tradisi pemikiran Islam berkembang pesat atas prinsip pembuktiaan dan dalildalil
ilmiah yang membenarkan keenam-enam rukun iman dengan melibatkan pelbagai
disiplin ilmu seperti kosmologi, psikologi dan metafizik. Ahli sains Islam silam tidak pernah
menghadapi sebarang masalah untuk menerima kebenaran ilmu tauhid dan pada masa yang
sama menjalankan penyelidikan ilmiah dalam bidang seperti fizik, biologi dan astronomi.
Islam memilih ilmu sebagai jalan utama untuk kebahagian dan kejayaan di dunia dan
akhirat. Malang sekali bagi umat Islam hari ini bahawa dengan begitu banyak ajaran dalam
agama Islam yang mengutamakan dan mengagungkan ilmu, namun umat masih jauh
ketinggalan dalam banyak bidang ilmu pengetahuan.
Malah Menurut Hairuddin Harun (1970) dalam bukunya Daripada Sains Yunani
Kepada Sains Islam, kesemua aktiviti ilmiah yang berlaku sepanjang zaman kegemilangan
tamadun intelektual Islam adalah cetusan dan dorongan yang bersumberkan perintah al-iqra’
dalam al-Quran.
Tegas, ayat 1-5 dalam surah al-‘Alaq tersebut memberi satu Weltangschauung
(pandangan hidup) yang jelas serta mampu mengatasi mitos. Malah surah al-‘Alaq menjadi
pendorong dan membakar semangat umat Islam abad ke-7 hingga ke-12 dalam mencari ilmu.
Di sinilah kemungkinan terletaknya rahsia sumbangan umat Islam kepada perkembangan ilmu
amnya dan sains, khasnya. Surah iqra’ itu adalah pencetus dan dorongan yang jitu kepada
kepentingan menuntut ilmu.
177
Seterusnya, dari sudut sejarah dan falsafah sains terdapat lebih kurang 756 ayat yang
menekankan kepentingan pencarian ilmu daan pembinaan intelek. Kesemua 756 ayat tersebut
menyeru manusia agar meneliti dan mengkaji ayat-ayat Allah atau tanda-tanda kebesaran
Allah SWT yang wujud dalam alam tabii. Pengkajian alam tabii akan membantu manusia
meneguhkan keimanan kepada Khaliqnya.
Dorongan dan semangat iqra’ telah menyedarkan umat Islam kepada peri pentingnya
ilmu. Mereka amat menghargai khazanah pengetahuan yang ada pada tamadun semasa dan
juga tamadun lampau.
Pembangunan Sahsiah
Rasulullah s.a.w dalam membangun modal insan menekankan pembangunan sahsiah sebagai
salah satu komponen asas Islam iaitu akidah, syariah dan akhlak. Ini menggambarkan
kedudukannya yang sangat penting sebagai salah satu daripada tunjang Islam itu sendiri.
Rasulullah SAW ditanya, apakah al-Din itu? Lalu baginda menjawab al-Din ialah
akhlak yang baik. Sabdanya lagi “sebaik-baik iman orang mukmin itu ialah yang paling tinggi
akhlaknya”.
Akhlak berkait rapat dengan aspek kejiwaan dan dalaman manusia. Aspek dalaman
merupakan asas bagi penilaian manusia di sisi Allah SWT. Sabda Rasulullah SAW yang
bermaksud “Allah tidak melihat kepada jasad dan rupa kamu tetapi Ia melihat kepada amalan
dan hati kamu”. Aspek mengenai hati dan yang berkaitan dengannya merupakan bidang dalam
ilmu akhlak Islam.
Pengutusan Rasulullah SAW ke alam ini bertujuan untuk menanamkan kemuliaan
akhlak daripada kalangan manusia yang sebelumnya hidup tanpa satu sistem akhlak yang adil,
universal dan saksama. Sabda baginda yang bermaksud “sesungguhnya aku diutuskan
bertujuan untuk menyempurnakan kemuliaan akhlak”.
Akhlak yang dipelopori oleh Rasulullah s.a.w bersifat menyeluruh dan mencakupi
segenap segi hubungan dalam kehidupan manusia seperti berikut:
· Akhlak dengan Allah SWT dan RasulNya.
Akhlak dengan Allah dan RasulNya bermakna menumpukan sepenuhnya ketakwaan,
keimanan, kepatuhan dan keikhlasan kepada Allah SWT dalam segenap aktiviti kehidupan.
Tuntutan mentaati Allah SWT dan RasulNya merupakan tuntutan yang asasi yang terlalu
banyak ditekankan oleh al-Qur’an dan al-hadis. Firman Allah yang bermaksud
Dan tidak diperintahkan mereka itu(segala manusia) melainkan untuk beribadat
kepada Allah SWT dengan penuh keikhlasan bagiNya”(al-Bayyinah:5)
Akhlak dengan Allah juga menuntut kita sentiasa mensyukuri nikmat yang
dikurniakan Allah. Mensyukuri nikmat Allah ialah dengan cara mentaati perintahNya dan
menjauhi laranganNya. Firman Allah yang bermaksud :Berkatalah(Sulaiman) ini adalah
anugerah Tuhanku untuk mengujiku sama ada aku bersyukur atau ingkar …”(al-Naml:40)